Sekadar tulis tulis ini kiranya satu blog aman setelah kawasan peribadi saya dalam fotoblog saifulnang di ganggu oleh mereka2 yang kurang senang melihat perkembangan saya sebagai anak seni. Bagaimanapun, dalam blog ini bakal bisa jadi cerita tentang perjalanan yg sekurang2nya untuk saya sendiri ingati. Kepada yang melihat, mungkin ada pelajaran dan mungkin juga ada sesuatu yg bisa jadi satu waktu untuk kita berfikir sejenak.

Tuesday, April 18, 2006

Masalah Blogging

Masalah jugak nak jadik blogger. Kalau fotopage tu mungkin setiap inci tu dah mahir cara kendalian. Tapi untuk blogspot ni masih lagi teraba2. Last entry haritu dah post tapi bila tengok dalam mainpage tak ada pun. Tak tau apa yang silap. Tapi slowly learning dan tak sangkat jugak ada visitor juga datang ke blogspot yang tak berapa nak best ni. Tapi ini lah tempat yang lebih sesuai untuk di jadikan sebagai diari harian yang mungkin pada setiap hari, beberapa baris perlu ditulis tentang kehidupan yang dilalui sepanjang mata terbuka hingga tertutup kembali. Harap2 tak ada masalah dgn blog ni lagik :D

SN

Tuesday, March 14, 2006

Catatan anak Seni kembali

Apa pun orang nak kata, dah 15 bulan Candid Syndrome wujud. Walaupun mulanya hanya menggunakan nama individu yg nama beliau tak ada lah power sangat iaitu "Saiful Nang", Tapi kemudian bertukar kepada Candid Syndrome dan kemudian bertukar kepada SNAP IT (oleh kerana CS hantar register, takut org dah pakai nanti kena saman) pastu tukar Candid Syndrome balik.Dalam 15 bulan pasang surut menongkah alam hidup yg sgt beza dgn yg sebelumnya, setelah 2 kegagalan dalam business, akhirnya berjumpa juga dengan "Passion" yg di cari2 iaitu photography. Mulanya ramai yg agak kurang bersetuju bila saya cakap nak buat wedding photography. Tak kurang yg cakap, Wedding ni satu kerjaya murahan sebagai seorang photographer. Well, setelah beberapa bulan, ternyata itu bukan sati kerjaya murahan, malah dah jadi exclusive sekarang. Moral nya, tak payah lah dengar sangat orang komen nak bagi kita feel down. Kalau lah dari dulu dah rasa org kutuk jer nak down...confirm sampai sekarang pun, Saiful Nang hanya Saiful Nang yg sebelum ni. Seorang "loser" yg gagal dalam 2 business sebelum ni. Tapi apa pun, sekarang dah ok.Bakal ada lebih cerita2 yg akan di share di sini. InsyaAllah akan menulis lagi akan datang.SN

Sunday, April 10, 2005

Terbengkalai...

Jadi ceritanya bermula setelah melihat ramai netter mempunyai blog mereka. Jadi sebagai seorang yg tak mahu ketinggalan dalam dunia blogging ni jadi saya pun mula lah mendaftar satu blog. Blog yg seperti anda baca sekarang.

Tugasan harian akhirnya menarik sebahagian besar komitmen masa saya kepada kepentingan pelanggan photography saya. Jadi, mahu tak mahu terpaksa lah saya meninggalkan sebahagian hasrat saya untuk berkongsi cerita kepada sesiapa yg kebetulan terjumpa blog ini. Tunggu sahaja nanti, pasti bila ada masa pasti ada update nya.

Saiful Nang

Monday, April 04, 2005

Aku menulis, bukan kerna nama

Setelah di perkenalkan dengan beberapa blogger yg ternyata saya agak mengagumi beberapa blogger seperti Sultan Muzaffar, pada hari ini saya mula merajinkan diri untuk memulakan satu. Satu untu saya sendiri. Mungkin juga untuk di kongsi cerita2 tentang perjalanan sejarah saya secara individu kepada yang lain.

Mungkin tiada yang menarik tetapi saya percaya, dgn berkongsi kita dapat merasakan diri kita tidak berada di sebuah dunia sunyi.

Saiful Nang